FORGOT YOUR DETAILS?

Petang-petang mesti perut asyik rasa lapar kan.. Nak makan nasi ? Tengahari sudah makan nasi, bosan pulak asyik makan nasi je kan.. Kadang-kadang nak jugak santap pencuci mulut petang-petang selain dari goreng pisang kan..

Meh sini nak share resepi daripada Awwa..

Resepi Puding Roti Awwa  Susu Kambing Strawberi

Bahan-bahan:

* 3 sachet AWWA - ikut suka citarasa perisa apa nak guna
* 400 ml air masak
3 biji telur
1 penutup esen vanila
4 sudu besar butter anchor
7 @ 8 keping roti raspberry milk atau butterscotch
Kurma - potong kecil²
Kismis
Coklat cip

Cara Penyediaan:

👉🏻 Bancur dlu yg bertanda (*)
👉🏻 Masukkan telur, esen vanila, butter & bhn yg telah dibancuh ke dalam blender. Blend sehingga sebati dan ketepikan.
👉🏻 Sapukan keliling² loyang dengan butter.
👉🏻 Carik-carikkan 2 keping setengah roti kemudian taburkan kurma, kismis dan coklat cip. Ulang buat sampai siap.
👉🏻 Kemudian tuangkan adunan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang dan biarkan seketika supaya roti menyerap.
👉🏻 Panaskan dulu air fryer selama 5minit dalam suhu 160°. Kemudian bakar selama 25 minit.

Sos Custard AWWA :
4 sachet AWWA
400ml air masak
2 sudu besar tepung custard - bancuh dengan sedikit air

Cara²
👉🏻 Masukkan air dan AWWA kacau sebati sehingga naik berwap dgn api perlahan.
👉🏻 Kemudian masukkan bancuhan kastad sedikit demi sedikit dengan kacau perlahan- lahan sehingga pekat dan mendidih. Tutup api dan sejukkan.

Products

Recent Posts

TOP