FORGOT YOUR DETAILS?

Kalau aiskrim Malaysia semua boleh buat kan? Bancuh-bancuh masuk dalam plastik, ikat dan simpan dalam peti ais.. Senang kan..Tapi ni resepi aiskrim sihat dengan menggunakan Minuman Awwa Susu Kambing Strawberi..

Wahhh.. Excited nak tahu kan macam mana resepi tu....

Tak sangka pulak macam-macam jugak boleh buat dengan Minuman Awwa ni selain dari bancuh biasa..

Bahan-bahan untuk buat Aiskrim Awwa Susu Kambing Strawberi:

1 pek AWWA strawberi
1 kotak kecil whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovelatte
1/2 gelas susu pekat
1/2gelas susu fresh milk susu segar

Cara-cara nak buat:

1. Masukkan semua bahan kedalam blender dan putar hingga sebati dan kembang atau selama lebih kurang 10 minit.

2. Masukan bahan yang siap diblend kedalam bekas aiskrim dan tutup rapat.

3. Akhir sekali, simpan didalam freezer semalaman atau hingga beku dan aiskrim strawberi siap untuk dimakan.

Selamat mencuba 😋

Products

Recent Posts

TOP