
Hemoglobin… Hb…. eh apa itu Hemoglobin atau Hb ini? Bagi yang tidak biasa mungkin akan terasa asing dengan perkataan Hemoglobin (Hb) ini namun untuk kalangan wanita hamil Hb ini sememangnya sudah tidak asing lagi. Begitu juga di kalangan mereka yang ada penyakit darah rendah dan juga darah tinggi. Nak tahu apakah sebenarnya maksud Hemoglobin (Hb) ini dan apakah pula kaitannya dengan masalah darah rendah dan darah tinggi? Jemput baca artikel ini dari awal hingga akhir.
Apa itu hemoglobin dan fungsinya?
HEMOGLOBIN yang lebih mudah di sebut sebagai ‘Hb’ ini merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan.
Kadar hemoglobin atau Hb seseorang dapat diketahui dengan melakukan pemeriksaan darah. Terdapat beberapa cara bagi mengukur kandungan hemoglobin dalam darah, kebanyakannya dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk membuat beberapa ujian terhadap darah.
Kepentingan Hemoglobin ini adalah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan, Lebih mudah faham Hb ini sangat penting untuk organ dan bahagian tubuh yang lain. Kandungan oksigen yang terikat dengan hemoglobin pada sel darahlah yang telah membuatkan darah kita sebagai manusia ini menjadi warna merah.
Berapakah Paras HB Yang Normal Untuk Manusia?
Aras normal adalah sukatan Hb bergantung pada usia dan juga jantina. Di bawah ini adalah petunjuk sukatan Hb yang normal daripada bayi yang baru lahir kepada wanita / lelaki dewasa yang telah berada di separuh usia.
- Baru lahir : 17-22 gm/dl
- Usia seminggu : 15-20 gm/dl
- Usia sebulan : 11-15gm/dl
- Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
- Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
- Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
- Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
- Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl
Adakah Bahaya Jika Hb Rendah?
Ya! Ia memang bahaya! Hemoglobin adalah metaloprotein (protein yang mengandung zat besi) di dalam sel darah merah yang berfungsi sebagai pengangkut oksigen dari paru-paru maka jika Hb rendah ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang agak teruk.
Masalah Hb rendah ini dikenali sebagai Anemia atau selalunya di sebut sebagai masalah kurang darah dikalangan orang kita. Penyakit anemia atau kurang darah adalah keadaan jumlah sel darah merah (
Bagaimana Pula Jika Hb Terlebih Tinggi? Adakah Ini Juga Bahaya?
Ya! Hb yang lebih tinggi daripada paras normal juga di anggap sebagai berbahaya. Masalah Hb tinggi yang turut di sebut sebagai penyakit darah tinggi ini jika tidak di rawat boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Penyakit darah tinggi sebegini selalunya akan menyebabkan seseorang itu kerapa berasa lesu, berdebar-debar, pening kepala dan juga muntah. Untuk ibu yang sedang mengandung, paras bacaan Hemoglobin (Hb) akan sentiasa di periksa bagi menentukan tahap kesihatan ibu dan bayi yang sedang berada di dalam kandungan. Paras Hb normal untuk ibu hamil mengikut usia kandungan adalah :
- Wanita dewasa (tidak hamil): 12–15.8 gr/dl
- Hamil trimester pertama: 11.6–13.9 gr/dl
- Hamil trimester kedua: 9.7–14.8 gr/dl
- Hamil trimester ketiga: 9.5–15.0 gr/dl
Tips Untuk Masalah Hb Rendah Semasa Hamil
Di sini akan turut disertakan beberapa tips atau cara bagaimana untuk mengatasi masalah Hb rendah ketika sedang mengandung. Anda boleh cuba ke atas diri sendiri mengikut mana yang sesuai. Tambahan pula jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil memang akan berubah.
Ada pelbagai petua naikkan Hb rendah dan antara tips bagaimana untuk mengatasi masalah anemia atau kurang darah ini adalah :
- makan buah jambu batu
- makan buah naga
- makan kurma dan kismis setiap hari
- makan buah delima paling kurang 3 kali seminggu
- jadikan jus kurma tambah kismis sebagai minuman kegemaran
Tak larat asyik nak beli buah selalu? Kerap juga terlupa untuk restok buah kismis, kurma dan delima kat rumah? Hmmm susah nak bawa ke mana saja juga kan? Apa ada hal… minuman Awwa boleh bantu masalah anda ni. Senang bawa, mudah bancuh, sedap minum dan bermacam lagilah! Yang pasti ada makanan berasaskan sunnah lain yang turut berkhasiat di dalamnya. Mudah bukan?
Apapun, dari jauh kami semua dari team Awwa sentiasa mendoakan agar kesihatan anda yang ada kaitan dengan Hb ini semakin baik dari masa ke semasa. Ameen.
Sumber : https://siraplimau.com/
Nak lebih mudah tanpa perlu pikirkan setiap hari nak makan apa untuk menaikkan haemoglobin.. Jom cuba minuman Awwa Susu Kambing Strawberi
Tengok saja testimoni yang dah cuba minuman Awwa Susu Kambing Strawberi ni
Jom Dapatkan Khidmat Nasihat Daripada Kami Mengenai Minuman Awwa www.wasap.my/60189082369/awwa – Staff Syera